Wednesday, June 1, 2011

dia berbaju hijau

Kali terakhir saya melihat dirinya, dia berbaju hijau. Sedang asyik dengan rutinnya sehingga tidak berpaling apabila saya berjalan di tepi. Mungkin dia dapat menangkap derap tapak kaki saya, tapi dia tidak endahkan, kerana dia tidak tahu apa-apa. Atau mungkin, dia sengaja berbuat begitu. Jual mahal agaknya.

Biarlah, kerana saya juga senang begitu. Saya senang berharap dalam diam, merenung wajahnya dari kejauhan, menbuatkan saya tersenyum hingga ke malam.

Awak yang berbaju hijau, saya maksudkan apa yang saya kata.

Saya maksudkan awak.

1 comment:

  1. jangan berharap dalam diam, bertindaklah untuk mendapat hasilnya ^^

    ReplyDelete