Tuesday, April 19, 2011

ibu keguguran

Manusia hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan. Selepas hanya beberapa hari mendengar khabar gembira itu, berita yang menyedihkan datang menerpa. Innalillah, ibu keguguran. Cerita sebenar masih belum jelas di kepala, namun berita ini sedikit menyesakkan. Saya bimbang akan keadaan ibu, mesti ibu sedih walaupun saya tahu ibu tidaklah mengharap sangat akan kehadiran orang baru itu. tidak mengapa, Tuhan tahu yang terbaik untuk kita. Mesti ada hikmahnya benda ini terjadi.

Friday, April 15, 2011

kebahagian berganda

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas nikmat bahagia ini.

Baru-baru ni, saya dapat tahu yang pelakon kegemaraan saya, Johnny Depp converted to Islam. Masya-Allah, gembira bukan kepalang rasanya. Meski pun berita ini masih diragui kesahihannya, tapi saya rasa berita ni 90% betul. Bayangkan, bukan senang untuk artis terkenal Hollywood mengakui kebesaran dan keesaan Allah. Yalah, selama ni hidupnya bergelumang dengan kerja-kerja melalaikan, bergaul dan bersentuhan sesama lain jantina, arak dan bir jadi kewajipan, tiba-tiba, dapat hidayah untuk peluk Islam. Subhanallah, Maha Kaya Tuhan. Tapi saya still tak tahu nama Islam dia apa, harap-harap lepas ni akan keluar lagi berita pasal dia.

Baru sahaja sebentar tadi saya menelefon ke rumah, dan saya dapat satu lagi berita gembira. Mak saya mengandung! Alhamdulillah, rezeki. Tapi mak saya pesan supaya tak diheboh-hebohkan lagi berita ni pada saudara-mara dan kawan-kawan. Sebabnya, mak saya masih lagi period walaupun dah disahkan mengandung dua bulan. Lagi satu, memandangkan usia mak saya yang dah masuk 45, mak saya bimbang jika kandungan itu berisiko, bimbang tak lekat katanya. Tapi harap-harap la, semua akan jadi baik, insya-Allah.

Thursday, April 14, 2011

hari-hari bermakna

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat atas segala nikmat dan kesenangan yang Allah bagi pada saya selama ni. Saya selalu sangat leka dan lupa pada Allah, tapi Dia tetap tak putus-putus bagi saya peluang untuk berubah.

Beberapa hari lepas, saya rasa sangat seronok dan teruja dengan kelas yang saya hadiri. Betullah, manisnya rasa bila kita ditegur dan dinasihati dengan penuh hikmah. Saya mengaku, saya kurang mengenali rakan-rakan sekelas saya selama ini. Mana taknya, banyak wajah-wajah baru yang muncul. Tapi tak saya sangka, mereka semua orang hebat, subhanallah!

Setiap apa yang dikatakan mereka dengan mudah meresap masuk ke dalam jiwa saya, dan saya harap rasa itu akan kekal sampai bila-bila. Saya tak mahu lagi jadi orang jahil. Syukur sangat pada Allah yang menjentik hati saya dengan halus untuk terima hakikat ini. Syukur pada-Nya yang membuka hati saya untuk menerima hidayah-Nya.

Wednesday, April 13, 2011

katanya

Ku selam jauh ke dalam hati
Ku selongkar seluruh sudut yang mati
Ku jumpa garisan yang tiada henti
Ku temui satu titik konklusi

Ucapannya sekali lagi menjentik
Bicaranya tulus mempersembah yang terdetik

Intipati bahasanya
Jauh terbenam ke lubuk yang dalam
Kesan yang mungkin tak akan terpadam
Monolog yang biasanya laju dituturkan
Kini terpendam tak bisa dilepaskan

Dia penyebab segala ini terjadi
Namun hakikat, Dia yang mengingini
Terimalah duhai hati
Gagah selagi wujud denyutan nadi


Friday, April 1, 2011

selamat berangkat



Tahun ini sahaja, ramai benar kawan saya yang pergi mengerjakan umrah. Sungguh, kadang-kadang rasa cemburu timbul di hati (cemburu untuk benda-benda yang baik tak apa kan?). Hari ini, seorang lagi kawan saya akan meninggalkan Malaysia dan menuju ke Bumi Barakah itu untuk beribadat kepadaNya. InsyaAllah, saya doakan awak dan keluarga selamat semuanya. Doakan saya depan Kaabah ya. Semoga saya dan keluarga saya turut sama dapat menjejakkan kaki ke sana.