Thursday, March 31, 2011

thanks for being a good listener

Bukan semua orang boleh menjadi pendengar yang baik. Apatah lagi jika benda yang dicakapkan itu bukan sesuatu yang menjadi kesukaan kita, dan bukan juga sesuatu yang kita peduli. Tapi bagi mereka yang boleh bertahan dan dengan sabar mendengar luahan, keluhan dan mungkin masalah yang dihadapi sesorang, mereka cukup bertuah.

Saya bukan seorang pendengar yang baik, tapi bila seseorang mula bercakap dengan saya, saya cuba untuk mendengar. Kadang-kadang saya tak faham pun apa yang dikatakannya, (maksud saya, saya tak laluinya, jadi saya tak tahu), tapi saya tetap cuba. Ada yang meminta saya mendengar keluhan mereka sahaja dan tak kurang yang turut minta pendapat. Dan saya cuba lakukannya dengan baik.

Saya tak rasa pendapat saya boleh membantu mereka, dan saya juga rasa pendapat saya biasa-biasa saja. Pendapat saya mungkin sama seperti orang lain, tapi apa salahnya jika saya tetap utarakannya untuk menyenangkan hati mereka. Tak perlu la saya gopoh memikirkan sesuatu yang luar jangka.

Walaupun dengan hanya menadah telinga mendengar apa yang mereka cakapkan, kita sudah cukup membuat mereka gembira. Kan Allah suka hamba-hambaNya yang mengembirakan hati-hati hambaNya yang lain? Jadi marilah kita berusaha agar Allah suka pada kita.

No comments:

Post a Comment