Thursday, March 31, 2011

thanks for being a good listener

Bukan semua orang boleh menjadi pendengar yang baik. Apatah lagi jika benda yang dicakapkan itu bukan sesuatu yang menjadi kesukaan kita, dan bukan juga sesuatu yang kita peduli. Tapi bagi mereka yang boleh bertahan dan dengan sabar mendengar luahan, keluhan dan mungkin masalah yang dihadapi sesorang, mereka cukup bertuah.

Saya bukan seorang pendengar yang baik, tapi bila seseorang mula bercakap dengan saya, saya cuba untuk mendengar. Kadang-kadang saya tak faham pun apa yang dikatakannya, (maksud saya, saya tak laluinya, jadi saya tak tahu), tapi saya tetap cuba. Ada yang meminta saya mendengar keluhan mereka sahaja dan tak kurang yang turut minta pendapat. Dan saya cuba lakukannya dengan baik.

Saya tak rasa pendapat saya boleh membantu mereka, dan saya juga rasa pendapat saya biasa-biasa saja. Pendapat saya mungkin sama seperti orang lain, tapi apa salahnya jika saya tetap utarakannya untuk menyenangkan hati mereka. Tak perlu la saya gopoh memikirkan sesuatu yang luar jangka.

Walaupun dengan hanya menadah telinga mendengar apa yang mereka cakapkan, kita sudah cukup membuat mereka gembira. Kan Allah suka hamba-hambaNya yang mengembirakan hati-hati hambaNya yang lain? Jadi marilah kita berusaha agar Allah suka pada kita.

Wednesday, March 30, 2011

menjadi orang baru

Lumrah kehidupan, banyak kali tersungkur, namun tidak lemah untuk bangun dan bangkit kembali. Kita kan manusia, bukan malaikat yang imannya yang sama sahaja. Kita manusia yang imannya akan seringkali berkurang dan bertambah. Kadangkala kita hanyut, kadangkala kita sedar. Namun kita juga yang menentukan tahap iman kita, pilihlah mana yang kita suka, selagi kita punya pilihan.

Bangkitlah, dan jadi orang baru. Walaupun ini bukan kali pertama tekad yang sama ditanam, tapi tidak salah mencuba kan? Kuatkan azam, bangkitlah!